Search

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 55)

Seekor Bu...

  • Share this:

TERBANG BERSAMA MDB (SIRI 55)

Seekor Burung Bebas Dari Sangkar

31 Mac 2005 hari terakhir saya di UIAM. Saya amat sayang UIAM tempat saya mula belajar menjadi pensyarah, pentadbir akademik & seekor anak burung yang mula terbang di awan tinggi. Sedih sangat meninggalkan pintu pagar UIAM kali terakhir.Takut juga kalau syarikat saya gagal. Saya sekarang bekerja sendiri.

1 April 2005 saya boleh terbang ke mana saja. Ini perasaan baru saya. Saya tidak perlu minta izin sesiapa bagi terbang Saya hanya perlu ada tiket & paspot. Fasa baru dah bermula. Saya menjadi pengembara tegar. Kalau dahulu hanya terbang sebulan sekali kerana cuti yang terhad. Kalau nak terbang pun, bertolak hari Jumaat malam & pulang semula ke Malaysia pada pagi Isnin kalau cuti dah habis atau ada program resmi UIA/ kerajaan. Kalau nak jadi seekor burung Rajawali, mana boleh ada tali terikat di kaki!

Saya telah ubah cara hidup saya mulai detik ini. "Kalau hang nak berenang di lautan antarabangsa, siapkan diri sebagai pelayar lautan luas bukan di sungai dan tasik," satu suara menerjah kotak minda. Inilah masanya. Tidak boleh lagi berpatah balik. Sayap sudah mengepak. Dua kali tawaran dibuat bagi saya balik menjadi Rektor UIAM tetapi saya ingin bebas di awan biru & negeri orang.

Saya mula hidup cara baru. Saya beli beg travel baru. TUMI. Sampai sekarang masih kuat. Kata orang boleh tahan bertahun2. Sesuai untuk Rajawali. Saya dah pandai uruskan jadual tiket & penerbangan saya sendiri. Saya tidak boleh bergantung kepada travel agent. Saya kena lebih cepat & pandai daripada siapa sahaja. Jadual penerbangan saya kena lebih efisyen, selesa & murah. Saya seorang usahawan sekarang. Semua perkara kena diambil kira. Masa. Kos. Output.

Jadual penerbangan saya semakin padat. Berada di luar negara hampir 180 hari setahun. Tidak perlu kelam kabut seperti dahulu. Bebas. Saya boleh bekerja di udara, lapangan terbang & di kota2 dunia.

Sebelum 2005, saya selalu ke Bahrain, London, Brunei, Cape Town, Jeddah, Singapura, Istanbul & Jakarta. Selepas 2005, Dubai menjadi destinasi aktiviti saya. Saya muka beralih daripada MAS kepada SIA dan Qatar Airlines. Sekarang Emirates.

(al-Fatihah buat ruh Siti Sarah)

MDB


Tags:

About author
not provided
Pengerusi Eksekutif Amanie Group, Presiden IIUM ke 8, Pengerusi Majlis Penasihat Syariah Bank Negara
View all posts